Assalamualaikum.
Untuk pengetahuan semua, kempen #GemaSalam ini akan dijalankan di MRSM FELDA bermula pada minggu hadapan dan akan dijadikan sebagai satu amalan oleh setiap pelajar MRSM FELDA.
Caranya mudah je. Senyum dan bagi salam dekat semua warga maktab tanpa mengira usia ataupun pangkat setiap kali bertemu dengan mereka.
Kerana ,
Orang-orang yang memberi dan menjawab salam akan diberi pahala dan kebajikan daripada Allah swt.
Bukan saja pahala kebajikan, malah rahmat pun dapat.
"Dua orang bertemu dan masing-masing memberi salam kepada temannya serta berjabat tangan, nescaya diturunkan di antara kedua-duanya seratus rahmat. Bagi yang memulai mendapat sembilan puluh dan bagi yang berjabat tangan sepuluh" (Hadith riwayat al-Bazzar, Al Kharaithi dan al Baihaqi)
Tak cukup dengan tu, Malaikat pulak mendoakan bagi mereka yang memberi dan membalas salam sebanyak 70 kali!
"Apabila seseorang Islam itu memberi salam kepada orang Islam lalu salam itu dibalasnya, maka berdoalah para malaikat untuknya 70 kali" (Hadith riwayat Sahibul Firdaus daripada Abu Hurairah)
Bukan saja malaikat yang mendoakan mereka yang memberi dan menjawab salam, bahkanAllah juga mengampunkan dosa-dosa mereka sebelum mereka berpisah!
"Tiadalah daripada dua orang Islam yang bertemu lalu bersalam-salam melainkan dosa kedua-duanya diampunkan sebelum mereka berpisah." (Riwayat Abu Daud, at-Tarmizi dan Ibnu Majah)
Begitu besarnya, fadhilat salam. Hanya sekadar memberi dan menjawab salam, pelbagai keistimewaan yang Allah bagi pada kita. So jom semua kita sama-sama meringankan mulut untuk memberi dan menjawab salam. Semoga hidup kita akan lebih berkat dan sempurna.
#badarmrsmfelda
#gemasalam

No comments:
Post a Comment