PROGRAM

---------------------------------------------------- BADAR 20/21 -------------------------------------------------


Pihak BADAR sesi 20/21 dengan kerjasama Unit Agama MRSM Felda Kampus Tun Abdul Razak menganjurkan Program Maulidur Rasul bertemakan "Ummah Rabbani, Negara Harmoni" pada 29 OKTOBER 2020 hingga 30 OKTOBER 2020. Sebanyak 3 aktiviti telah dipertandingkan iaitu pertandingan mereka kain rentang mengikut aras, video sketsa bagi pihak aspuri dan nasyid bagi pihak aspura. Sebagai tambahan, 3 program kecil telah dilaksanakan iaitu solat dhuha perdana, qasidah dan juga ceramah.

Program ini diadakan bagi memastikan pelajar mampu meraikan Maulidur Rasul walaupun dibebani gelombang Covid-19 yang melanda. Program ini mampu menyemai kasih pelajar terhadap Rasulullah SAW dan keindahan Islam. Program ini juga berhasil memantapkan bakat pelajar dalam berdakwah melalui medium lisan, teknologi mahupun lagu. Oleh itu, pihak BADAR ingin mendidik warga MRSM Felda bahawa Islam itu bukan hanya indah pada pandangan mata kasar, malah juga indah untuk dipraktikkan dalam jiwa seorang muslim dan muslimah.
































---------------------------------------------------- BADAR 18/19 -------------------------------------------------

Pihak BADAR sesi 18/19 dengan kerjasama Unit Agama MRSM FELDA Kampus Tun Abdul Razak menganjurkan Program Golden Islamique Ummah (GIU) buat kali ke-3 pada 3 MAC 2019 - 6 MAC 2019 dengan tagline "Ilmu menjamin masa depan ummah". Sebanyak 8 aktiviti telah dipertandingkan antaranya ialah Murattal al-Quran, Dakwah Hipster, Nasyid, Seni Khaligrafi,Dakwah hipster, Hafazan, Azan dan Liga Huffaz. Seramai 38 peserta bagi setiap rumah sukan (Suria, Samudera, Purnama, Belantara) telah menghantar wakil menjadikannya 212 peserta secara keseluruhannya yang telah mengambil bahagian. Program ini telah mendapat sambutan yang begitu baik oleh warga MRSM FELDA.

Program ini bertujuan bagi melahirkan pelajar sebagai pendakwah dalam pelbagai bidang. Seperti yang kita tahu dengan memakai kopiah, berjubah, atau berbaju kurung dan memegang mikrofon semata-mata barulah digelar sebagai pendakwah. Pada zaman teknologi ini, dakwah hendaklah disampaikan dalam pelbagai cara serta mengikut peredaran zaman tanpa mengabaikan aspek-aspek yang yang telah ditetapkan dalam berdakwah. Oleh itu, pihak BADAR ingin mendidik warga MRSM FELDA bahawa setiap perkara yang kita lakukan apabila diselitkan mengenai agama walaupun sedikit, sebenarnya itu juga dikira sebagai berdakwah.





















 Majlis penutup dirasmikan oleh Ustaz Bazli Hazwan Che Othman




Pemenang keseluruhan : Rumah SURIA
dengan pugutan mata sebanyak 640.





AHAD| 17 SEPTEMBER 2017

Pihak BADAR sesi 17/18 telah menganjurkan Program Tautan Mahabbah di Madrasah Tarbiah Islamiah. Pelbagai aktiviti yang diadakan seperti explorance. Banyak pekara yang dipelajari daripada adik-adik di madrasah tersebut.
























----------------------------- B A D A R  2 0 1 6  /  2 0 1 7 ------------------------------



Pihak BADAR sesi 16/17 dengan kerjasama Unit Agama MRSM FELDA Kampus Tun Abdul Razak buat julung kalinya menganjurkan Program Golden Islamique Ummah (GIU) dengan tagline pada tahun ini "Menyerlah Bakat Diri, Menyinari Dakwah Illahi". Sebanyak 10 aktiviti telah dipertandingkan antaranya ialah Murattal al-Quran, Dakwah Hipster, Nasyid, Seni Khaligrafi, Gen-S, Video Islamik, Pidato Bahasa Arab, Hafazan, Azan & Cabaran Hadith dan Liga Huffaz. Seramai 53 peserta bagi setiap rumah sukan (Suria, Samudera, Purnama, Belantara) telah menghantar wakil menjadikannya 212 peserta secara keseluruhannya yang telah mengambil bahagian. Program ini telah mendapat sambutan yang begitu baik oleh warga MRSM FELDA.

Program ini bertujuan bagi melahirkan pelajar sebagai pendakwah dalam pelbagai bidang. Seperti yang kita tahu dengan memakai kopiah, berjubah, atau berbaju kurung dan memegang mikrofon semata-mata barulah digelar sebagai pendakwah. Pada zaman teknologi ini, dakwah hendaklah disampaikan dalam pelbagai cara serta mengikut peredaran zaman tanpa mengabaikan aspek-aspek yang yang telah ditetapkan dalam berdakwah. Oleh itu, pihak BADAR ingin mendidik warga MRSM FELDA bahawa setiap perkara yang kita lakukan apabila diselitkan mengenai agama walaupun sedikit, sebenarnya itu juga dikira sebagai berdakwah. 

"Dakwah ini sebenarnya satu seni. Kita perlu berdakwah dengan pelbagai cara mengikut perkembangan semasa, kesesuaian tempat, keadaan masyarakat setempat supaya dakwah yang kita sampaikan lebih berkesan." Muhammad Afiq Mukhriz, Presiden BADAR sesi 16/17.


AHAD | 12 MARCH 2017

 /Majlis Penutup Program GIU Kali Ke-1/



 Rumah Purnama diumumkan sebagai penerima Anugerah GIU 2017 kali ke-1 dengan jumlah mata terkumpul sehingga 12 March : 1110 mata. 
2. Suria ( 960 mata )
3. Belantara ( 820 mata )
4. Samudera ( 560 mata ) 



 Antara pemenang MTQ
 Antara pemenang MTQ
 Antara pemenang-pemenang bagi 10 aktiviti yang dipertandingkan
 Antara pemenang-pemenang bagi 10 aktiviti yang dipertandingkan
 Antara pemenang-pemenang bagi 10 aktiviti yang dipertandingkan
Ustaz Nabil bin Ahmad (perasmi)  menerima cenderamata daripada pihak maktab dan BADAR yang disampaikan oleh Ustaz Mansor (Unit Agama MRSM FELDA) 


Ucapan ringkas mengenai Program GIU oleh Presiden BADAR 
 
Pembukaan majlis dengan murattal al-Quran
 Piala Pusingan diarak masuk oleh Presiden BADAR dan diiringi ketua-ketua rumah sukan, VIP





MINGGU AKTIVITI (SEM 1)| 6 - 9 MARCH 2017

/Program Golden Islamique Ummah/


























JUMAAT | 18 NOVEMBER 2016

/Morning Call Kerohanian Terakhir/

Alhamdulillah, Morning Call Kerohanian Terakhir bagi tahun 2016 telah berjalan dengan lancar. Kali ini pihak BADAR mengupaskan tajuk mengenai "Islamophobia" dalam bentuk lakonan.  

Terima kasih kepada Presiden BWP yang juga turut membantu dalam menjayakan Morning Call Kerohanian.
 Lajnah Kerohanian ft. Lajnah ICT
 Presiden BADAR yang begitu bersemangat dalam penyampaiannya...huhuhuhu
 N. Presiden 1 yang sangat pandai berkata-kata 

/Happy Tazkirah Terakhir/

Alhamdulillah, Happy Tazkirah kali ini mengenai "Kecurian" yang telah disampaikan oleh pihak BADAR perempuan juga dalam bentuk lakonan. Happy Tazkirah ini diadakan pada setiap hari Jumaat sewaktu solat Jumaat khas untuk pelajar-pelajar Aspuri. 







JUMAAT | 2 SEPTEMBER 2016 

Alhamdulillah, pihak BADAR telah menganjurkan ceramah perdana yang bertajuk "Merdeka Jiwa Merdeka Minda" sempena sambutan hari kemerdekaan negara yang telah disampaikan oleh Juara Imam Muda Musim ke-3, Imam Muda Jabar. 

 Cara penyampaian yang begitu santai dan menarik yang dibawakan oleh Imam Muda Jabar telah menyentuh hati para pelajar MRSM FELDA.

Antara tagline beliau pada malam itu : 
"Dalam setiap perkara mesti ada MESTI" - Imam Muda Jabar
Semoga apa yang disampaikan oleh Imam Muda Jabar dapat memberikan kesedaran kepada semua.


Mantan Presiden BADAR (berjubah coklat) 15/16 sewaktu sesi Q&A

Pelajar MRSM FELDA amat terhibur dengan apa yang disampaikan yang kadang kala diselitkan dengan lawak.





SELASA | 30 OGOS 2016


Alhamdulillah sebentar tadi pihak BADAR telah mengadakan majlis doa selamat dan bacaan Yasin bersama-sama para pelajar MRSM FELDA sempena sambutan kemerdekaan negara yang ke-59 bertempat di Surau As-Solehin. Semoga nikmat kemakmuran dan perpaduan yang kita kecapi pada hari ini akan kekal berpanjangan. 

Presiden BADAR mengetuai bacaan Yassin dan doa selamat.

Kira-kira 1000 pelajar MRSM FELDA bersama-sama membaca Yassin dan doa selamat.

Sebahagian daripada ahli BADAR bergambar selepas majlis.