Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.Alhamdulillah Badan Agama Dakwah Akhlak dan Rohani (BADAR) MRSM FELDA Kampus Tun Abdul Razak bagi sesi 2018 / 2019 dengan sukacitanya telah menubuhkan laman blog ini dan menjadikannya sebagai laman blog rasmi BADAR MRSM FELDA.
Tujuan laman ini ditubuhkan adalah untuk berkongsi ilmu yang menarik kepada para pelajar MRSM FELDA serta orang luar. Ini merupakan salah satu cara agar para pelajar MRSM FELDA menggunakan kemudahan internet yang ada dengan sebaik mungkin. Bukan itu sahaja, pihak BADAR juga akan memberikan aktiviti-aktiviti yang terkini yang dijalankan di MRSM FELDA.
Semoga laman blog ini dapat memberi manfaat kepada semua.
Sekian.
PEMBERITAHUAN :
- Laman ini akan dikemaskini dari masa ke masa
- Pihak BADAR tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah yang berlaku sepanjang anda melayari laman blog ini.
Sebarang pertanyaan bolehlah dihantar ke
badar.mrsmfelda@yahoo.com
MENGENAI KAMI
(MENGIKUT PERLEMBAGAAN BADAR MRSM FELDA)
LOGO RASMI BADAR MRSM FELDA
KETERANGAN
ALAMAT SURAT MENYURAT
BADAN AGAMA DAKWAH AKHLAK & ROHANI MRSM FELDA,
MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM) FELDA
KAMPUS TUN ABDUL RAZAK,
JALAN MERANTI 2, FELDAJAYA UTARA,
35600 SUNGKAI, PERAK DARUL RIDZUAN.
MATLAMAT
1. Menyampaikan dakwah dan ilmu agama kepada para pelajar melalui penganjuran aktiviti-aktiviti keagamaan atau kuliah.
2. Menjalankan aktiviti keagamaan yang bersesuaian untuk dijalankan di mana-mana tempat di dalam kawasan maktab.
3. Mencegah dan melaporkan salah laku dan masalah sahsiah yang berlaku dikalangan pelajar kepada pihak yang bertanggungjawab untuk mengatasinya.
4. Melatih ahli-ahli organisasi untuk menjadi pemimpin yang berteraskan pandan agama dan mendidik untuk menjadi seorang pendakwah yang berkebolehan.
5. Matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak MARA.
BIDANG TUGAS
A. Penasihat
1. Menasihat dan memantau segala aktiviti yang dijalankan oleh pihak organisasi.
2. Menyediakan borang permohonan untuk menjadi ahli organisasi.
3. Menjalankan temuduga untuk memilih ahli organisasi.
4. Memilih dan melantik ahli-ahli organisasi semasa mesyuarat Agung yang dijalankan.
5. Mengesahkan dan menyemak segala laporan-laporan ataupun surat permohonan yang dikeluarkan oleh organisasi.
6. Berkuasa untuk meminda dan membatalkan sebarang aktiviti yang dianggap tidak sesuai untuk dijalankan oleh organisasi.
7. Membantu ahli organisasi untuk menjalankan aktiviti dan program yang dijalankan oleh organisasi.
B. Presiden
1. Mempengerusikan setiap mesyuarat yang dijalankan oleh organisasi.
2. Menjadi panel penemuduga bersama-sama dengan penasihat organisasi.
3. Melantik Ahli Jawatankuasa Tertinggi dan Ketua Lajnah pada Mesyuarat Agung pertama.
4. Menyelia dan memantau setiap aktiviti dan program yang dijalankan oleh organisasi.
5. Bertanggungjawab secara automatik atas segala aktiviti dan program yang dijalankan.
6. Memastikan segala tugasan dan tanggungjawab telah dilaksanakan oleh ahli organisasi.
7. Menjadi ahli tetap dalam mesyuarat yang dijalankan oleh organisasi.
C. Timbalan Presiden
1. Membantu Presiden dalam mengurus tadbir organisasi.
2. Menjadi pemangku kepada Presiden jika ketiadaan Presiden atas sebab-sebab tertentu.
3. Mengambil alih semua tugasan Presiden jika berlakunya ketiadaan Presiden atas sebab-sebab tertentu.
4. Menasihati dan membuat keputusan dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Setiausaha organisasi.
5. Menjadi anggota tetap dalam mesyuarat yang dijalankan oleh organisasi.
D. Naib Presiden
1. Membantu Presiden dalam mengurus tadbir organisasi.
2. Menjadi pembantu Presiden dalam memastikan ahli-ahli lajnah organisasi menjalankan tugasan dan tanggungjawab yang diberikan.
3. Naib Presiden 1 akan mengambil alih semua tugasan Timbalan Presiden sekiranya Timbalan Presiden dilantik menjadi Pemangku Presiden.
4. Menjadi ahli tetap dalam mesyuarat yang dijalankan oleh organisasi.
E. Setiausaha
1. Mempengerusikan mesyuarat jika berlakunya ketiadaan Presiden dan menjadikan Timbalan Presiden sebagai rujukan dalam membuat keputusan.
2. Mencatat segala mesyuarat,program dan aktiviti yang dijalankan oleh organisasi dalam fail induk organisasi.
3. Menyediakan minit mesyuarat bagi setiap mesyuarat yang dijalankan dan dibentang pada mesyuarat yang seterusnya.
4. Menyediakan surat-menyurat daripada pihak organisasi kepada pihak pentadbiran atau badan-badan lain.
5. Menyediakan laporan aktiviti organisasi setiap sebulan (1 bulan) sekali (1 kali) dan dihantar kepada Presiden dan Penasihat Organisasi.
6. Menjadi ahli tetap dalam mesyuarat yang dijalankan oleh organisasi.
F. Bendahari
1. Menjalankan kutipan yuran atau bayaran daripada ahli organisasi sepertimana yang telah dipersetujui dan disahkan oleh Presiden.
2. Merekodkan setiap kutipan yang dijalankan dan keluar/masuk wang di dalam fail Bendahari organisasi.
3. Menyedia dan membentang laporan kewangan dalam mesyuarat bulanan yang diadakan.
4. Segala kutipan yang dijalankan adalah di bawah tanggungjawab Bendahari.
5. Kutipan yang melebihi lima puluh ringgit Malaysia (RM50) hendaklah diserahkan kepada Penasihat Organisasi secepat yang mungkin.
6. Menjadi ahli tetap dalam mesyuarat yang dijalankan oleh organisasi.
G. Ketua Lajnah
1. Memantau dan menyelia setiap aktiviti dan program yang dijalankan oleh ahli lajnah.
2. Menjadi perantara antara ahli lajnah dan Presiden dalam memberi tugasan.
3. Menyediakan laporan lajnah dalam fail lajnah dan dibentang pada setiap mesyuarat bulanan yang dijalankan.
4. Bertanggungjawab atas segala aktiviti dan program yang dijalankan oleh lajnah.
5. Menjadi ahli tetap dalam mesyuarat yang dijalankan oleh organisasi.
H. Lajnah
1. Menjalankan setiap tugasan dan tanggungjawab yang diberikan oleh Ketua Lajnah atau Ahli Jawatankuasa Tertinggi.
2. Menghadiri setiap mesyuarat yang dijalankan organisasi namun bukan ahli tetap mesyuarat organisasi.
I. Semua ahli organisasi
1. Wajib menghadiri setiap mesyuarat bulanan yang dijalankan oleh organisasi.
2. Wajib menjelaskan kutipan yang dikenakan dan telah dipersetujui mengikut tempoh yang ditetapkan.
3. Wajib mematuhi segala peraturan dan perlembagaan organisasi tanpa melanggarnya.
4. Menyatakan ketidak hadiran mesyuarat mengikut perlembagaan organisasi Fasal 6.2.C.