Friday, 30 September 2016


Assalamualaikum,
Alhamdulillah pagi tadi telah berlangsungnya Majlis Solat Hajat dan Mohon Restu PT3 & SPM Tahun 2016 yang turut dihadiri oleh ibu bapa para pelajar. 
Selamat menduduki peperiksaan dan semoga beroleh kejayaan yang cemerlang.

Doamu mengiringi kejayaan.

JUMAAT | 23 SEPTEMBER 2016




Assalamualaikum,
Alhamdulillah pada Jumaat lepas BADAR & Unit Agama MRSM FELDA telah julung kalinya mengadakan program #QuranHour peringkat MRSM FELDA serta ceramah bertajuk Al-Quran Remedi Hati yang telah disampaikan oleh Ustaz Syamsul Debat. 

Friday, 16 September 2016


Assalamualaikum,
seperti yang kita ketahui aurat adalah perkara wajib yang perlu ditutup tidak kira menggunakan kain atau apa sahaja benda yang boleh menutupnya . Jadi kami daripada pihak BADAR meminta jasa baik semua warga Aspuri untuk membawa stokin lebih selepas cuti sekolah ini untuk dipakai di dalam surau. Warna stokin adalah mengikut kesukaan anda sama ada berwarna-warni ataupun berwarna hitam .
Sila sebarkan berita baik ini kepada rakan-rakan anda :blushMarilah bersama-sama menutup aurat supaya syurga dapat kita kecapi bersama . Jangan lupa bawa dan pakai stokin ke surau. :wink:
#badarmrsmfelda


Assalamualaikum,
as you can see at the picture above, after this school holidays BADAR will cooperate with LDP to ensure all the boys wearing a songkok/kopiah during Maghrib until Isyak prayers. Those who still don't have songkok/kopiah can go buy before back to Maktab. Colours other than black and white are allowed. :laughing:
Thank you for your good cooperation ! :blush:
Please spread this message to your beloved friends. :two_hearts:
#badarmrsmfelda

Tuesday, 13 September 2016


Assalamualaikum.
Untuk pengetahuan semua, kempen #GemaSalam ini akan dijalankan di MRSM FELDA bermula pada minggu hadapan dan akan dijadikan sebagai satu amalan oleh setiap pelajar MRSM FELDA.

Caranya mudah je. Senyum dan bagi salam dekat semua warga maktab tanpa mengira usia ataupun pangkat setiap kali bertemu dengan mereka.

Kerana ,

Orang-orang yang memberi dan menjawab salam akan diberi pahala dan kebajikan daripada Allah swt.

Bukan saja pahala kebajikan, malah rahmat pun dapat.

"Dua orang bertemu dan masing-masing memberi salam kepada temannya serta berjabat tangan, nescaya diturunkan di antara kedua-duanya seratus rahmat. Bagi yang memulai mendapat sembilan puluh dan bagi yang berjabat tangan sepuluh" (Hadith riwayat al-Bazzar, Al Kharaithi dan al Baihaqi)


Tak cukup dengan tu, Malaikat pulak mendoakan bagi mereka yang memberi dan membalas salam sebanyak 70 kali!

"Apabila seseorang Islam itu memberi salam kepada orang Islam lalu salam itu dibalasnya, maka berdoalah para malaikat untuknya 70 kali" (Hadith riwayat Sahibul Firdaus daripada Abu Hurairah)


Bukan saja malaikat yang mendoakan mereka yang memberi dan menjawab salam, bahkanAllah juga mengampunkan dosa-dosa mereka sebelum mereka berpisah!

"Tiadalah daripada dua orang Islam yang bertemu lalu bersalam-salam melainkan dosa kedua-duanya diampunkan sebelum mereka berpisah." (Riwayat Abu Daud, at-Tarmizi dan Ibnu Majah)


Begitu besarnya, fadhilat salam. Hanya sekadar memberi dan menjawab salam, pelbagai keistimewaan yang Allah bagi pada kita. So jom semua kita sama-sama meringankan mulut untuk memberi dan menjawab salam. Semoga hidup kita akan lebih berkat dan sempurna.  

#badarmrsmfelda
#gemasalam


SELASA | 13 SEPTEMBER 2016


Assalamualaikum.
Nantikan kemunculannya.

ISNIN | 12 SEPTEMBER 2016


Assalamualaikum. 
Bersempena Hari Raya Aidiladha pada tahun ini, pihak BADAR telah menganjurkan photo contest yang bertemakan "Suasana Aidiladha". 

Mudah je kalau nak join photo contest ni :
1. Follow akaun instagram @badar.mrsmfelda
2. Ambil gambar suasana Hari Raya Aidiladha di kawasan tempat tinggal anda dengan kreatif beserta caption yang menyentuh hati.
3. Sertakan #meriahnyaraya dan #badarmrsmfelda bagi memudahkan kami untuk memilih pemenang.
4. Pastikan akaun instagram anda tidak "private".
5. Tag kawan-kawan anda supaya mereka tahu tentang photo contest ini.

Senangkan?

Tarikh tutup adalah pada 15 September 2016 (Khamis). Pemenang akan diumumkan sewaktu buka sekolah nanti. Semoga berjaya !
SABTU | 10 SEPTEMBER 2016


Assalamualaikum.
9 Zulhijjah 1437 Hijrah bersamaan 11 September 2016 (Ahad) berdasarkan kalendar Islam di Malaysia merupakan hari yang disunatkan berpuasa (Puasa Hari Arafah) kepada seluruh umat Islam di negara ini (bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji)
Oleh itu, marilah kita bersama-sama berpuasa sunat hari Arafah kerana banyak kelebihan yang Allah kurniakan.

Lafaz niat puasa sunat Arafah : Sahaja aku berpuasa sunat Arafah kerana Allah Taala.
KHAMIS |1 SEPTEMBER 2016 


Tarikh : 2 September 2016 (Jumaat)
Masa : 8:00 Malam
Tempat : Surau As-Solehin MRSM FELDA