Wednesday, 6 January 2021

#EMPOWEREDSUNNAH CHALLENGE !



Pihak BADAR sesi 20/21 dengan kerjasama Unit Agama MRSM Felda Kampus Tun Abdul Razak menganjurkan program Empowered Sunnah Challenge . Semua pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 mengikut aspura dan aspuri berdasarkan tingkatan masing-masing. Pelajar diminta untuk membuat video bertemakan "Empowered Sunnah" menggunakan pelbagai medium yang mampu memenuhi syarat program.

Program ini mampu memupuk kerjasama dengan menyatupadukan tenaga pelajar dalam melengkapkan video program. Program ini juga berhasil menanam sikap ingin tahu pelajar dalam mempelajari sunnah. Oleh itu, pihak BADAR ingin mendidik warga MRSM Felda bahawa kerjasama amat penting dalam berdakwah kerana dengan wujudnya persefahaman, umat Islam akan berjaya menumpas serangan musuh.